"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."
kata2 mutiara ni bt sy perfikir berkali2.. mmg benar spt yg dikatakan.. dlm hidup ni kadang2 kita lupa,lalai, leka dgn dunia. bila direnung kembali sifat manusia, apabila mata melihat, dan telinga mendengar, mulut mula berbicara. yg buruk lebih banyak diperkatakan dari perkara yang baik. jarang sekali manusia yang bila dilihat sahabatnya melakukan sesuatu kebaikan diceritanya pada yg lain untuk menjadi ikutan, tetapi cuba sekiranya rakannya itu secara tidak sengaja melakukan hanya secebis kesalahan, heboh, satu dunia tahu, seperti ayam mahu bertelur riuh satu kampung.
begitulah adat di dunia ni. kalaupun ada yang memahami dan yang menghayati rahsia disebalik surah al-"asr pasti umat islam akan aman dan tiada pergaduhan sesama insan.
renung-renungkan dan selamat beramal =)
Sabtu, April 24, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan