Isnin, April 26, 2010

Alhamdulillah..prosedur pertama

syukur alhamdulillah surat permohonan diterima. setelah berpenat lelah naik turun HEP untuk tujuan itu.

" macam mana kamu buat surat ni yang, bla bla bla..." terngiang2 suara itu he2..

2 3 kali jugak panjat tanga ke HEP di tingkat 4 tadi dari pukul 10.30.. selesai semuanya jam 12.20 t.hari. =) dah bole senyum puas..

"baiklah, kita dah luluskan surat kamu, xlama lagi kami HEP akan menjawab surat ini berserta dgn lampiran2 tertentu,ok. dah boleh kawen dah ni". sambungnya.

"baik puan, InsyaAllah". dalam hati lega betoi. berkat surah taha yg aku bca time panjat tangga round ke 3 tadi, tlh melebutkan hati manusia dgn izin Allah SWT:)

contoh surat permohonan:

Nurul Sakinah Mawaddah Binti Ahmad Marzoki,
Kuliah PISMP 3.02,
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam,
Beg Berkunci 214 Pusat Mel Bandar Baru Bangi,
43657 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
__________________________________________________________

Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam,
Beg Berkunci 214 Pusat Mel Bandar Baru Bangi,
43657 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan. 27 April 2010.


Tuan,

Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin

Merujuk kepada perkara di atas, saya Nurul Sakinah Mawaddah Binti Ahmad Marzoki, kad pengenalan 891220-02-5106 dari kuliah Pismp 3.02 memohon kebenaran pihak tuan untuk berkahwin.

2. Pasangan saya Mohd Firdaus Bin Saad, kad pengenalan 860716-02-5327, seorang Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Kg. Seberang, Mukah, Sarawak.

3. Kedua-dua belah pihak keluarga telah sebulat suara untuk mengadakan majlis akad nikah pada 06 Jun 2010.

4. Pertimbangan dari pihak tuan amat saya harapkan dan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.


Yang Benar,


(NURUL SAKINAH MAWADDAH BINTI AHMAD MARZOKI),
Kuliah PISMP 3.02.


................................................................................



doakan Allah mempermudahkan segala urusan temanmu ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan